Friday, January 30, 2015

Matrix Life!

Assalamualaikum. Hai cemuwa.

Mesti cam terkejuts beruks kan. Mana blog anasyahira yang dulu? Mana weh mana. Ke mana kau menghilang? Kau depresi fasa terakhir ke sampai delete blog bagai? Kau stress sangat ke duduk matrix?

Ye semua, tolong diam. Bawak bertenang ramai-ramai istighfar. Kahkah. Aku takdelah menghilang mana pun. Ada je ha mereput dekat matrix selangor kesayangan ramai tu. Cuma masa je tak time nak update blog. Anywaysszz, aku tengah cuti midsem ni. Weehooo. Bapak seronok weh dua hari yang pertama cuti, tengok Running Man. Hyde, Jekyll and Me. Baca novel. Tidur awal, bangun lambat. Cukup je dua hari... aku bosan, aku bosan dengan bla bla bla *tetiba lagu stacy* T.T

Once terbiasa dengan lifestyle matrix yang hectic dan terlebih productive, bagi cuti dua hari je cukup nikmat dah. Lepastu rasa nak buat kerja balik, study balik, berlari ke sana sini balik. Sumpah wa cakap lu, kalau lu jenis anak manja, spoil brat malas buat kerja ataupun takde niat nak ubah gaya hidup malas kepada rajin. Jangan sesekali mimpi duduk matrix. Especially untuk program setahun.

Bukan apa, sebab aku sendiri dah rasa. First sem aku dekat matrix, aku rasa menyesal gila khinzir masuk matrix. I dreamt of a leisure life in university, study dekat cafe dengar lagu jazz kot?! Masuk matrix, kelas start pukul 8 pagi, habis pukul 5 petang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah engkau memang tak bertuah! Hahahaha. Mendapatlah kau extra class sampai 10 malam sebab lecturer nak kejar silibes.

Balik bilik kepala dah weng. Mata terkelip-kelip nak siapkan tutorial. Sumpah first semester aku dekat matrix rasa nak maki hamun dekat diri sendiri kenapa tak pergi Perlis amik dip in engineering. Nak taknak, terpaksa gagahkan diri stay kat bilik study, buat homework sampai 2-3 pagi. Demi markah pb dan jugak demi menyejukkan hati madam. *emoji ketawa keluar air mata*

Tapi bila makin hari, makin biasakan diri struggle. Kau akan rasa manisnya belajar. Dekat matrix, takkan ada orang yang tak study, tak practise pastu dapat four flat. You wont get any of that unless you're truly genius. Kau usaha, kau dapat. Tak usaha, kau mereput.

Semester 2, alhamdulillah dan a'udzubillah jugaklah. Dapat madam garang siot. *menangis* . Tapi okaylah, dia punya garang tu buat aku belajar. Kahkah. Aku rasa aku nak push diri aku dapat 4 flat final sem kat sini. InsyaAllah. Doa-doakan eh? Hehehe.

By the way, aku dapat Anugerah Lonjakan Saujana. Ngehehe. Berkat kelas 4 Seri Saujana dan 5 Seri Saujana mungkin. Kikiki.


Selamat melepak di rumah! Nanti aku balik kawan lagi okay? Hehe



With roommates, kesayanganku sepanjang di matrix.


Yang nganga tu, Lidya. Penyanyi bilik. 
Sebelah kiri dia, Ajhula. Back up singer. 
Yang dok lambai tu, Ain, manager.
Yang terjegil biji mata tu kalau tak kenal, aku cepuk.




With classmates!
Semuanya panggil aku Apple kat kelas. 
(-_____-")


With Madam Azeyati! Our lovely mentor yang selalu sponsor makan ;))



1 comment:

Vianita Lin said...

Artikel yang bagus dan bermanfaat sekali, menambah wawasan saya
Btw Numpang iklan yah
Yuk mari mampir di http://988bet.com/ , Kami sebagai Master Agen Betting Resmi dan Terpercaya yang ditunjuk sebagai Agen Judi Bola , dan Agen Casino Online , yang merupakan jasa pembuatan account taruhan bola dan casino online seperti :
Bandar Asia77 , Agen Poker , Agen Asia8 , Agen 1sCasino , Agen Casino , Agen Bola IBCBET , Agen Bola Sbobet . Kami juga menyediakan Prediksi Bola yang cukup akurat dan terpercaya.
Dan ada Bonus Deposit awal yang menarik loh untuk yang daftar dan langsung deposit hari ini juga. Ayo tunggu apa lagi, langsung saja mampir :)